Friday, February 20, 2009

Pendapat seorang ulama politik

Menarik juga membaca komen Nik Aziz, Mursyidul Am PAS mengenai isu gambar bogel Elizabeth Wong.

Kata Nik Aziz, sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 21 Feb 2009, "... tindakan Elizabeth berbogel dalaam rumahnya tidak salah kerana Islam membenarkan umatnya membuka aurat ketika seorang diri."

"Dia tidak salah, yang salah orang lain, dia hendak tidur telanjang di rumah dia, itu dia punya pasal."

"Islam beri kepada manusia buka aurat bila seorang diri di rumah. Masa kita tidak tidur pun boleh telanjang di rumah kita seorang diri, cuma malu pada malaikat saja."

Sebelum itu, Nik Aziz juga memberi pendapat, Elizabeth tidak perlu meletakkan jawatannya, kerana jika pilihan raya kecil diadakan berikutan dengan perletakan jawatan Elizabeth, ia akan menyusahkan rakyat dan melibatkan kos yang tinggi.

Tanpa mempersoalkan pendapat Nik Aziz itu betul atau salah, saya kira seorang ulama politik seperti Nik Aziz memang akan berkata begitu.

Dia tidak akan memberi pendapat seperti seorang ulama kerajaan atau ulama yang cenderung pada pemerintah atau parti pemerintah.

Pendapatnya tentu tidak akan sama dengan pendapat seorang Mufti, apatah lagi seorang Mufti yang kelihatan sentiasa komited menyokong pemerintah seperti Mufti Perak.

Sama ada pendapat Nik Aziz itu ada kredibiti atau tidak, terpulanglah kepada pembaca untuk menilainya.

Akan tetapi, seperti pada masa yang lalu, saya agak pasti pendapat beliau akan mendapat sokongan daripada ahli dan penyokong PAS, walaupun ada kalanya pendapat beliau agak mengarut.

Namun, saya kira itulah kelebihan seorang ulama politik yang masih mempunyai karisme dan mampu mempengaruhi pendapat umum.

Memang ada baiknya, tapi mungkin juga ada buruknya.

1 comment:

kayumanis said...

Nik Aziz ni orang politik cuma dia pakai serban macam tok guru lalu orang panggil dia TOK GURU. Sebenarnya iblis besar. Elizabeth bukan berseorangan tapi bersama tukang ambil gambar. Jadi dia bukan telanjang seorang diri dalam rumahnya seperti kata Nik Aziz tu. Orang tua ni cakap sedap mulut saja asal untung parti.