Monday, March 23, 2009

Mengapa takut sangat pada Anwar Ibrahim?

Malam ini saya buka website Malaysiakini dan terjumpa dua berita yang saya rasa rakyat ramai tidak suka membacanya:

a) Penggantungan Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan
b) Orang yang hendak mendengar ceramah Anwar Ibrahim disuraikan dengan gas pemedih mata.

Saya akui Harakah dan Suara Keadilan ialah bacaan alternatif kepada akhbar arus perdana yang sentiasa mengampu kerajaan, dan mungkin sedikit sebanyak ada juga pengaruhnya terhadap orang-orang yang membacanya.

Akan tetapi, saya kira rakyat ramai mahu kerajaan lebih bersikap terbuka, dan bukan bersikap penakut dan pengecut dengan menggantung kedua-dua akhbar tersebut.

Berilah mereka kebebasan membaca dan berfikir dan jangan kongkong pemikiran mereka sehingga jadi orang bodoh yang tidak boleh berfikir!

Sikap yang diambil oleh KDN saya kira hanya membuat rakyat lebih benci kepada kerajaan, dan tidak akan tertarik untuk menyokong parti pemerintah (UMNO/BN).

Pegawai KDN mungkin tidak rugi apa-apa, tapi besar kemungkinannnya UMNO/BN akan terus ditolak dan dibenci oleh majoriti rakyat.

Tentang tindakan polis melepaskan gas pemedih mata pula, polis mungkin berbuat demikian kerana perhimpunan itu tidak ada permit.

Tapi semua orang tahu, tindakan pihak yang berkuasa selalunya bersifat double standard.
Kalau UMNO/BN nak buat perhimpunan mungkin mudah diberi permit, atau tak ada permit pun tidak diapa-apakan. Maklumlah UMNO/BN ialah parti pemerintah yang boleh menggunakan jentera kerajaan!

Tapi perhimpunan parti pembangkang pula selalunya akan menghadapi pelbagai halangan.

Orang-orang yang mahu mendengar ceramah Anwar Ibrahim tentunya terpaksa bersurai apabila dibedil dengan gas pemedih mata.

Akan tetapi kerajaan tidak mendapat keuntungan apa-apa dari tindakan keras seperti itu, kerana tindakan pihak polis itu hanya akan menambah kebencian rakyat.

Mengapa takut sangat pada Anwar Ibrahim?

1 comment:

.@blogger.com said...

BETUL KE BEGITU? SAYA BERPENDAPAT LAIN. BUKAN TAKUT PADA ANWAR, JIKA TAKUT MEMANG DAH LAMA SUMBATKAN SEMULA DIA KE SG BULUH. KADANG2 KEBEBASAN YANG DIBERIKAN TIDAK DI HARGAI. MEREKA INI JENIS SENTIASA TIDAK BERPUASHATI, TAK MAHU MEMBERI TETAPI SENTIASA INGIN MENERIMA. JIKA POLIS TIDAK BERTINDAK KERAS APALAH KEAMANAN DAPAT DIJAMIN? INI LAH RUSUHAN, MANA ADA YANG AKAN IKUT PERINTAH DAN ARAHAN.DALAM RUSUHAN, YANG HADIR ADALAH MEREKA YANG SUDAH TIDAK SIUMAN DAN HILANG AKAN, MEREKA AKAN BERTINDAK GANAS DAN TIADA SIAPA YG MAMPU MENAHAN MEREKA LAGI. APAKAH KITA INGINKAN KEHIDUPAN YANG HURU-HARA DAN TIDAK SELAMAT?