Saturday, March 21, 2009

Jerung terus berkeliaran

Keputusan Lembaga Disiplin UMN0 yang hanya mampu menjaring seekor jerung menjelang Perhimpunan Agung UMNO tahun ini sudah banyak diperkatakan. Dan antara ulasan yang terbaik tentulah ulasan daripada Tun Mahathir.

Saya tidak bermaksud hendak mengulas panjang, kerana mungkin sudah tidak perlu lagi. Akan tetapi, seperti Tun Mahathir, saya hanya hendak menyatakan kekecewaan saya kerana Lembaga Disiplin UMNO tidak menunjukkan keseriusan untuk membanteras rasuah politik dalam UMNO.

Saya rasa sudah jadi pengetahuan umum, bahawa jerung yang terlibat dengan rasuah politik ini bukan hanya seorang. Tapi mengapa Lembaga Disiplin gagal atau tidak mampu atau tidak mahu(?) menjaring jerung yang lain?

Dengan tidak menafikan kesukaran Lembaga Disiplin untuk mendapatkan saksi yang mahu tampil ke hadapan dan mendapatkan bukti yang sahih, kita terpaksa mengakui bahawa kemampuan Lembaga Disiplin nampaknya memang terbatas.

Setelah bertahun-tahun menjalankan tugasnya, kita tidak melihat kemampuan Lembaga Disiplin untuk mengurangkan rasuah politik dalam UMNO semakin meningkat.

Aduan dikatakan memang banyak. Akan tetapi, mengapa Lembaga Disiplin tidak mampu menjaring ikan (khasnya jerung) yang lebih banyak?

Malah jika kemampuannya hanya menjaring seekor jerung itu hendak dijadikan ukuran, maka peranan Lembaga Disiplin memang sangat mengecewakan.

Dan nampaknya sama ada Lembaga Disiplin ada atau tidak, rasuah politik dalam UMNO akan terus berlanjutan.

Dengan itu, banyak jerung akan terus berkeliaran dengan bebasnya, kerana kelemahan Lembaga Disiplin yang kewujudan dan peranannya juga agaknya perlu dikaji semula.

2 comments:

add said...

Macam mana jerung tak terus berleluasa, kalau pengerusi lembaga disiplin yang dilantik pun, nak bercakap pun dah tak berapa larat dan asyik dibantu oleh lawyer pilihan KJ je disebelahnya,, ingatan kepada lawyer umno aka balaci KJ,, KJ sebenarnya perosak UMNO setars dengan ANWAR al Juburi.. jadi nasihat saya jangan pertahan sangat KJ ,kerana KJ ni jenis masuk suku je...

abunawas said...

Tolong terangkan logik!

Kalau ada calon yang kantoi bagi rasuah , pastilah ada yang menerima rasuah.

Tak kan bagi satu dua orang je.

Pasti ramai yang ambil.

Yang beri dah pasti dan dah dihukum.

Yang terima tak salah ke n tak kene hukum ke.

Macam mana boleh sabit yang beri kalau tak sabit siapa yang terima.

Mana logik nak dicari bagi orang yang mendengar.

Sayang seribu kali sayang UMNO jadi begini.