Thursday, August 13, 2009

Kenyataan Nik Aziz ialah kenyataan politik

Nik Aziz ialah ulama politik. Oleh itu kenyataan beliau selalunya memang tidak terlepas daripada politik dan bermotifkan politik, walaupun yang beliau perkatakan ialah isu agama.

Sebelum ini beliau pernah mengeluarkan kenyataan yang aneh-aneh, seperti Tuhan pun mencarut, kita boleh berkawan dengan syaitan, dan sebagainya.

Jadi janganlah merasa aneh, jika pada kali ini, beliau dikatakan "tidak membantah" tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam, kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam (Utusan Malaysia, 13 Ogos 2009).

Beliau dilaporkan berkata, "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam.Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam."

Siapa pula yang dimaksudkan beliau , orang Islam yang menolak Islam? Tentulah orang UMNO.

Jadi dalam apa keadaan pun, beliau selalu menyalahkan orang UMNO, walaupun istilah "menolak Islam" itu tentunya memerlukan penjelasan daripada beliau.

Kenyataan beliau yang bermotifkan politik itu mungkin tidak perlu diberi perhatian sangat.

1 comment:

Unknown said...

salam satu malaysia,
PAS rela dipijak kepala demi POLITIK! Memang teruk PAS dan penyokongnya. Sekali pandang memamng begitu. Tapi bila dikaji balik, itu adalah yang ditulis oleh UMNO totok yang menulis hanya berdasarkan pandangan mata kasar serta momokan akhbar arus perdana.
Saya juga akan menulis berdasarkan pemerhatian yang samalah.
Kalau diperhatikan, UMNO juga dibiarkan dipijak oleh MCA dan MIC dan lain-lain parti terutama di sabah dan sarawak. Cuba diperhalusi bebetul tuan.
Terkini dikatakan Nik Aziz benar DAP kutuk Islam. Mmg kalau sekali imbas dilihat begitu. Tapi klu dibaca betul, Nik Aziz kata, DAP dia kutuk Islam kerana pengetahuannya kurang dan akan ditarbiahkan melalui dalaman PR. Akan diberi pemahaman secara dalaman PR. Tapi UMNO, lagi teruk. Pemimpinnya (yg beragama Islam) boleh hina Islam ikut dan. Mana lebih teruk. Orang Islam Hina Islam atau Orang bukan Islam hina Islam. Tak ingat ke tentang isu janggut Nabi, isu perubatan Islam, ratu cantik, isu ppuan islam kena rotan kerana minum arak.
Lagi UMNO dipijak, cthnya: universiti ikut kaum, MCAnyer, MICnyer... sbb takut hilang pengaruh. Cuba tengok tanah-tanah rizab melayu.... sapa byk control? Ladang-ladang milik UMNO.... berapa byak terlepas ke cina... itu kalu kita nak ikut perkaumanlahkan. Tapi oleh kerana 1 malaysia, apa saja bolee.... TQ