Tuesday, December 30, 2008

Nampak kuman, tak nampak gajah?

Saya tidaklah bersetuju dengan semua pendapat Nik Aziz, kerana kadang-kadang pendapatnya ada yang agak pelik. Akan tetapi, saya tertarik dengan pendapatnya mengenai papan tanda tulisan Cina dan perkara lain yang berkaitan dengannya.

Kata Nik Aziz, "Hairannya mengapa penerbitan akhbar berbahasa Cina dibenarkan, rancangan televisyen juga ada berbahasa Cina, sebaliknya tulisan Cina pada papan tanda jalan tidak dibenarkan" (Harakah, 29 Disember 2008 - 1 Januari 2009).

Saya ingin menambah, bukan saja surat khabar dan TV dalam bahasa Cina dibenarkan di negara ini, malah di negara ini sudah lama ada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang bahasa pengantarnya ialah bahasa Cina.

Jadi, kalau kita tidak bersetuju ada papan tanda menggunakan bahasa Cina, tapi kita boleh menerima sekolah Cina dan TV saluran Cina sebagai saluran rasmi, maka ini bermakna kita nampak kuman di seberang laut, tapi tak nampak gajah di depan mata.

Kalau kita katakan bahasa lain selain daripada bahasa Malaysia tidak boleh digunakan untuk tujuan rasmi, bagaimana dengan penggunaan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan pada saluran TV?

Saya tidak tahu adakah selama ini kita telah terlepas pandang tentang hal ini, kerana penggunaan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan pada saluran TV itu sudah merupakan perkara biasa dan sudah kita terima sebagai perkara yang sewajarnya.

Tapi kalau betul demikian, tidaklah bermakna apa-apa kita membantah penggunaan bahasa Cina pada papan tanda jalan.Itu hanya perkara kecil. Dalam perkara yang lebih besar -- dalam kes bahasa pengantar di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa yang digunakan di TV kerajaan ini -- kita sudah pun boleh menerimanya sebagai perkara biasa dan sebagai perkara yang sewajarnya saja.

3 comments:

bungaraya said...

Perkara yang lebih besar dari Gajah ialah menerima sejuta drp mereka menjadi warga negara semasa nak mencapai kemerdekaan dulu. Kerananya kita memberikan banyak kuasa kepada cina dan India.
Kalau dah berikan banyak kuasa, kita kenalah menerima mereka seadanya. Sebagai sama seperti kita.
Duduk rukun damai dan mencari reZeki bersama-sama.
Orang melayu sangat permurah dan sangat berhati mulia.
Kawasan majoriti kitapun kita bagi dekat mereka. Ini bukan permuragh namanya, BACUL DAN BODOH.

azlishukri said...

banyak yang salah dan terpesong dilakukan oleh PKR dan PAS, masalahnya siapakah yang mahu menyedarkan mereka?

JUHAIDI AHMAD AJ said...

salammm... saya banyak dapat informasi dari blog ini
salam dari seberang
ahmad juhaidi