Menarik juga melihat perkembangan terakhir mengenai isu hukum hudud.
Setelah Husam membuat pengakuan bahawa Pakatan Rakyat akan tetap melaksanakan hukum hudud jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Pusat, banyaklah tokoh politik (khasnya tokoh UMNO), penulis blog dan penulis akhbar yang memberi komen. Pemimpin DAP, sebagaimana yang boleh dijangka, telah menentang pula pelaksanaan hukum hudud itu dengan lantang.
Isu hudud itu menjadi besar kerana ia dibesar-besarkan oleh akhbar tertentu.
Akan tetapi, semua orang tahu PAS tidak mungkin memerintah kerajaan Pusat secara bersendirian dan dengan itu tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud secara bersendirian.
Pada masa yang sama semua orang juga tahu bahawa DAP, sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat memang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud (termasuklah tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum Islam dan penubuhan negara Islam).
Sesetengah pemimpin PAS berpendirian, pemimpin DAP tidak faham Islam dan kebaikan hukum Islam. Sebab itulah mereka menentang pelaksanaan hukum Islam. Sekiranya mereka faham Islam dan kebaikan hukum Islam, pemimpin PAS percaya, tentu DAP akan menerima pelaksanaan hukum Islam.
Akan tetapi entah bila pemimpin DAP akan faham Islam dan kebaikan hukum Islam, kita pun tidak tahu. Harapan dan keyakinan pemimpin PAS tentang perkara itu pun mungkin tidak berjejak di bumi nyata.
Dan dengan itu, entah bila hukum hudud itu akan dapat dilaksanakan.
Jadi pada pendapat saya, apa yang dikatakan isu hukum hudud itu bukanlah satu isu yang sebenar. Ia hanya isu palsu yang dibuat-buat, dan sengaja dibesar-besarkan.
Isu yang sebenarnya ialah, setakat yang boleh dijangka dan dengan tidak bermaksud untuk menolak ketentuan Allah, hukum hudud itu. memang tidak mungkin dilaksanakan di negara ini sampai bila-bila, kerana realitik politik di negara ini memang tidak memungkinkan ia dilaksanakan. Wallahualam.
1 comment:
Pertama: DAP sampai kiamatpun tidak akan bersetuju dengan sebarang cadangan PAS yang berbentuk ISLAM. Itu pasti dan tak payah bincang lagi.
Kedua: Jika PAS mengharapkan persetujuan DAP, itu ertinya PAS tak regi bahasa.,
Ketiga: PAS sebenarnya hanya menggunkan agama untuk kepentingan politik mereka semata. Cinfirmed!!!.
Jangan nak berdalih.
Post a Comment