Sunday, January 29, 2012

PERKASA tak perlu buat sambutan Tahun Baru Cina

Sama ada orang Cina suka atau tidak, saya kira dasar dan matlamat perjuangan PERKASA adalah betul.

PERKASA ditubuhkan ketika kerajaan dilihat lemah dan tidak mampu menjaga dan meningkatkan kepentingan dan kedudukan istimewa orang Melayu.

Oleh sebab itu, pada mulanya PERKASA mendapat sokongan yang agak meluas juga daripada orang Melayu, termasuk sebahagian ahli UMNO.

Sekarang kita lihat kerajaan memberi layanan yang boleh dikatakan sama rata kepada semua kaum di negara ini, sama ada dari segi politik, ekonomi, agama dan budaya.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin lemah, dan semakin tidak mampu menjaga dan memperjuangkan kepentingan dan kedudukan istimewa orang Melayu.

Dalam hal ini, mungkin tidak salah jika dikatakan, bahawa walaupun Najib melaungkan slogan 1 Malaysia, tetapi pada hakikatnya kerajaan telah melaksanakan dasar Malaysian Malaysia sebagaimana yang diperjuangkan oleh DAP selama ini.

Nampaknya dasar DAP sudah dilaksanakan oleh kerajaan tanpa DAP bersusah payah lagi untuk memperjuangkannya.

Dalam keadaan yang demikian, PERKASA sebenarnya lebih perlu memainkan peranan yang lebih tegas dan lebih aktif lagi.

PERKASA sepatutnya memainkan peranan sebagai kumpulan pendesak yang aktif terhadap kerajaan supaya sentiasa menjaga hak, kepentingan dan kedudukan istimewa bangsa Melayu.

PERKASA tidak perlu berkelahi dengan Anwar Ibrahim dan parti pembangkang.

Mungkin parti pembangkang boleh menghormati PERKASA sekiranya ia terus berjuang berdasarkan dasar dan matlamat perjuangannya yang asal.

Sehubungan itu, PERKASA mungkin tidak perlu mengadakan sambutan Tahun Baru Cina sebagaimana yang telah dilakukannya.

Orang Cina tetap tidak suka terhadap PERKASA , dan tetap menuduh PERKASA sebagai rasis, walaupun matlamat perjuangan PERKASA hanyalah untuk menjaga dan memperjuangkan kepentingan dan kedudukan istimewa bangsa Melayu.

No comments: