Monday, January 30, 2012

Orang Cina mahu Malaysian Malaysia, bukan 1 Malaysia

Kasihan PERKASA. Sudahlah duit banyak habis kerana mengadakan sambutan Tahun Baru Cina, mereka dikutuk pula oleh orang Cina, khasnya oleh MCA dan Gerakan kerana memberi angpau dalam sampul putih.

Setiausaha Agung MCA, Chai Kim Sen mengatakan Ibrahim tidak menghormati orang Cina, kerana angpau putih bermaksud kematian, manakala angpau merah bermaksud kegembiraan dan perkhawinan.

Ini katanya bukan pertama kali PERKASA menghina bangsa dan agama lain (Cina tentunya).

Timbalan Presiden Gerakan, Mah Siew Keong pula mengatakan tindakan PERKASA itu dilihat sebagai pengahalang kepada usaha Perdana Menteri Najib Razak yang memperjuangkan konsep 1 Malaysia.

Saya tidak pasti apakah isu sampul berwarna putih itu merupakan isu yang terlalu penting sehingga mendapat kutukan daripada kedua-dua parti Cina itu .

Akan tetapi, saya lebih yakin kedua-dua parti Cina itu tidak dapat menerima kewujudan PERKASA yang memperjuangkan kepentingan dan kedudukan istimewa bangsa Melayu.

Mereka menuduh PERKASA sebagai rasis, walaupun mereka, dalam banyak keadaan, tidak kurang rasisnya, malah lebih rasis lagi.

Walaupun mereka menunjukkan mereka menyokong konsep 1 Malaysia, tapi saya lebih yakin mereka sebenarnya lebih menyokong konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP.

Mereka mahu kesamarataan dalam semua aspek: politik, ekonomi dan budaya, termasuklah agama, pendidikan, bahasa, biasiswa dan sebagainya.

Itulah sikap dan pendirian orang Cina pada umumnya.

No comments: