Friday, September 4, 2009

Mengapa begitu Khir?

Saya tidak tahu sama ada laporan dalam Utusan Malaysia hari ini, 5 September 2009, yang bertajuk "RM1 juta pindahkan kuil ke Seksyen 18 Shah Alam" betul atau tidak.

Laporan itu memuatkan kenyataan Khir Toyo, bekas MB Selangor yang menafikan kerajaan BN pimpinan beliau tidak berbuat apa-apa untuk memindahkan kuil Hindu dari Seksyen 19, Shah Alam.

Mengikut Khir kerajaan Selangor merancang untuk memindahkan kuil itu ke Seksyen 18 dan dengan itu telah membelanjakan hampir RM1 juta untuk pembinaan infrastruktur seperti jalan raya, lampu, serta kemudahan elektrik di tanah seluas 0.6 hektar di Pesiaran Raja Muda Seksyen 18.

Akan tetapi, seperti yang dinyatakan oleh beliau, pembinaan projek yang menelan hampir RM1 juta itu dilakukan ketika pemindahan kuil itu masih lagi di peringkat perbincangan.

Kenyataan beliau ini, kalau benar, memang agak aneh. Mengapa pembinaan itu dilakukan ketika pemindahan kuil itu masih di peringkat perbincangan?

Kalau masih dalam peringkat perbincangan, pihak pengurusan kuil mungkin belum bersetuju, atau tidak bersetuju kuil itu dipindahkan ke kawasan itu. Jadi apa akan jadi jika mereka tidak bersetuju?

Mengapa pembinaan projek yang kosnya begitu besar dilakukan dengan begitu cepat? Adakah kerana kroni Khir sudah tidak sabar untuk mendapat habuan dari pembinaan projek tersebut?

Kenyataan Khir ini agaknya hanya menunjukkan perancangan kerajaan yang lemah di samping kerakusan para kroni beliau untuk menikmati wang rakyat yang begitu besar.

Ini hanya satu contoh kelemahan dan mungkin penyalahgunaan wang rakyat ketika beliau mentadbir negeri Selangor.

2 comments:

Nasionalis said...

Bukan masa untuk kritikal kepada masa lepas.

Apa lagi bila anda tidak tahu maklumat sepenuh.

Jgn terikut-ikut PR yang asyik tahu menuding jari kepada ketidak bolehan mentadbir.

- said...

Salam , saya sokong kenyataan ini. Banyak lagi contoh lain cuma tidak didedahkan lalu menabur fitnah terhadap orang lain. Sadis!