Monday, October 12, 2009

Implikasi Bagan Pinang: PAS akan terus jadi pembangkang?

Saya memang tidak menduga calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar boleh memenangi pilihan raya kecil Bagan Pinang. Dengan populariti Isa Samad, calon BN dan dengan undi pos dari kalangan tentera yang begitu besar, yang dijangka akan berpihak kepada calon BN, kemungkinan calon PAS akan menang adalah tipis sekali.

Namun, saya tidak menduga calon PAS hanya mampu meraih 2,525 undi. Undi yang diperolehi calon PAS begitu rendah berbanding dengan 8, 013 undi yang mampu diraih oleh calon BN.

Nampaknya, sebagaimana yang diduga, Isa ialah calon yang popular, yang menjadi penyumbang kepada kemenangan BN. Majoriti undi pos dari kalangan tentera pula memang dapat dipegang terus oleh BN.

Bagaimanapun, apa yang lebih menarik , berbanding dengan pilihan raya Mac 2008, undi orang bukan Melayu, khasnya orang India, nampaknya bukan lagi untuk calon PAS.

Dengan perkataan lain, orang India sudah kembali menyokong BN, dan tidak lagi menyokong PAS.

Dalam keadaan demikian, memang tidak menghairankan, jika calon PAS mendapat undi yang begitu kecil, kerana PAS hanya mampu meraih undi dari sebahagian orang Melayu.

Apakah implikasi hal ini terhadap kedudukan PAS pada masa yang akan datang?

Tanpa mendapat sokongan daripada orang bukan Melayu dan majoriti orang Melayu, harapan dan cita-cita PAS untuk menjadi parti pemerintah pada peringkat pusat jelaslah akan tinggal harapan saja.

PAS mungkin tidak akan mati, kerana PAS memang mempunyai penyokong daripada sebahagian orang Melayu. Namun, dengan hanya mendapat sokongan daripada sebahagian orang Melayu, PAS yang hanya boleh menang di kawasan Melayu tentunya akan terus jadi pembangkang.

Islam yang ditawarkan oleh PAS, dan matlamat untuk menegakkan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS mungkin menarik bagi sebahagian orang Melayu.

Akan tetapi, tanpa sokongan bangsa bukan Melayu dan tanpa sokongan majoriti bangsa Melayu, PAS tidak akan ke mana-mana.

PAS boleh mendakwa ingin melaksanakan hukum Islam dan menegakkan negara Islam. Akan tetapi, semua itu adalah mimpi yang masih jauh.

1 comment:

AnTi AljUbuRi said...

PAS akan terus jadi pembangkang??

Aku kira kurang tepat penyataan itu ..

Aku lebih optimis untuk mengatakan bahawa PAS akan terus menjadi melukut di tepi gantang !!

Aduhai Lebai Malang, ayam menang kampung tergadai !!! Itulah balasan atas ketaksubannya terhadap anwarisma pimpinan al juburi dan tentera ahzabnya yang disertai oleh kafirun dari kolompok penyembah berhala dan pemuja lembu !!!