Mengikut Haji Hadi, Wan Azizah tidak layak menjadi MB Selangor. Sebab itulah dia tidak menyokong nama Wan Azizah dicadangkan kepada Istana untuk memegang jawatan itu.
Akan tetapi, ini pandangan dan penilaian Haji Hadi saja. Banyak juga orang lain yang tidak berpendapat demikian.
Jadi kita lihat pandangan ADUN Selangor secara keseluruhan, kita dapati seramai 30 ADUN Selangor dari PKR, DAP dan PAS sudah bersetuju nama Wan Azizah dihantar kepada Istana sebagai calon MB Selangor.
Dengan itu, pendapat majoriti ialah beliau layak memegang jawatan itu. Pendapat majoriti ini mungkin lebih tepat daripada pendapat perseorangan.