Wednesday, September 22, 2010

Apabila pembantu rumah dianiaya

Pengambilan pembantu rumah dari Indonesia nampaknya masih bermasalah. Setelah tersebar berita bahawa seorang pembantu rumah Indonesia di Pulau Pinang di rogol dan dianiaya oleh majikannya baru-baru ini, menteri tenaga kerja dan transmigrasi Indonesia telah melarang warga negara Indonesia datang bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.

Tindakan menteri berkenaan barangkali bukanlah tindakan yang rasional, kerana kes pembantu rumah Indonesia yang dianiaya oleh majikannya sangat kecil sekali, dan kadang-kadang merupakan kes terpencil saja.

Bagaimanapun, Indonesia tentu tidak mahu warganegaranya dianiaya, walaupun seorang.

Jadi majikan di Malaysia memang sepatutnya melayan pembantu rumahnya dengan baik, dan bukan melakukan penganiayaan seperti yang dilaporkan itu.